Membolehkan Pembelajaran Digital, Sekarang dan Pada Masa Hadapan

CERDIK merupakan inisiatif perintis tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bertujuan untuk menyediakan akses digital yang terdiri daripada komputer riba, tablet, dan sambungan data kepada murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah.

Inisiatif ini melibatkan sumbangan bernilai RM150 juta daripada 28 GLCs/GLICs.

Tinjauan Sesi Agihan Peranti oleh
Menteri Kanan Pendidikan, YB Datuk Dr. Radzi Jidin

Cabaran Pendidikan

Pembukaan dan penutupan sekolah sejak pertengahan Mac 2020 telah mengganggu proses pembelajaran 4.9 juta murid-murid di seluruh negara. Walaupun pembelajaran dalam talian adalah suatu proses yang berterusan, penularan wabak COVID-19 dengan jelas telah meningkatkan keperluan penggunaan teknologi digital. Namun, akses pendidikan dalam talian terbukti menjadi cabaran, terutama bagi isi rumah berpendapatan rendah. Pemilikan peranti yang rendah menjadikan pelaksanaan pembelajaran dalam talian agak mencabar.

Rakan Kongsi

Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLICs) Yang Terlibat

GLCs dan GLICs yang terlibat adalah Khazanah Nasional Berhad ("Khazanah"), Permodalan Nasional Berhad ("PNB"), Yayasan PETRONAS, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ("KWSP") dan Lembaga Tabung Haji serta kumpulan syarikat mereka masing-masing.

Peneraju : Kementerian Kewangan Malaysia
Rakan Kerjasama: Kementerian Pendidikan Malaysia

Rakan Strategik

Rakan Strategik

Peneraju : Kementerian Kewangan Malaysia
Rakan Kerjasama: Kementerian Pendidikan Malaysia

Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLICs) Yang Terlibat

GLCs dan GLICs utama yang terlibat adalah Khazanah Nasional Berhad ("Khazanah"), Permodalan Nasional Berhad ("PNB"), Yayasan PETRONAS, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ("KWSP") dan kumpulan syarikat masing-masing. Sokongan turut diterima daripada GLC dan badan-badan korporat lain.

Rakan Kongsi

Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLICs) Yang Terlibat

GLCs dan GLICs yang terlibat adalah Khazanah Nasional Berhad ("Khazanah"), Permodalan Nasional Berhad ("PNB"), Yayasan Petronas, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ("KWSP") serta kumpulan syarikat mereka masing-masing.

Peneraju : Kementerian Kewangan Malaysia
Rakan Kerjasama: Kementerian Pendidikan Malaysia

Rakan Strategik

Disokong oleh GLICs dan syarikat-syarikat mereka

Apakah itu CERDIK?

CERDIK is a GLIC-GLC -driven CSR initiative announced in Budget 2021 that aims to provide digital access comprising laptops, tablet computers, and data connectivity worth RM150mn.

Working in partnership with the Ministry of Education (MOE) and the Ministry of Finance (MOF), the initiative is fully funded by Government Linked Investment Companies (GLICs), Government Linked Companies (GLCs), and their foundations.

Objektif-objektif CERDIK

CERDIK bertujuan untuk merapatkan jurang pembelajaran digital untuk kira-kira 150,000 murid di sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia dan mempelopori model pembelajaran digital untuk penggunaan masa hadapan.

Empat objektif kami ialah:

Peranan

Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) melalui LAKSANA (Unit Pelaksanaan & Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional) akan memantau setiap inisiatif di bawah Belanjawan 2021, termasuk CERDIK.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menentukan rancangan program CERDIK, termasuk pemilihan negeri, sekolah, serta kohort murid.

GLCs, GLICs, dan yayasan mereka akan bekerjasama rapat dengan Sekretariat bagi merapatkan jurang pemilikan peranti dan sambungan data yang diperlukan serta melaksanakan proses perolehan yang sewajarnya.

Yayasan Hasanah, sebuah yayasan berasaskan impak milik Khazanah, merupakan Sekretariat (iaitu agensi penyelaras) kepada inisiatif perintis CERDIK. Yayasan ini akan menyelia pelaksanaan program ini secara menyeluruh dengan kerjasama syarikat-syarikat yang terlibat, KKM dan KPM.

Hubungi Sekretariat

Untuk sebarang bantuan atau maklumat lebih lanjut, sila hubungi Yayasan Hasanah melalui e-mel di cerdik@hasanah.org.my

atau isikan borang di bawah : 

FAQs

Mengenai CERDIK

CERDIK merupakan inisiatif perintis tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 bertujuan untuk menyediakan akses digital yang terdiri daripada komputer riba, tablet, dan sambungan data bernilai RM150 juta kepada murid daripada keluarga berpendapatan rendah.

CERDIK adalah inisiatif jangka panjang untuk membolehkan pembelajaran digital, sekarang dan pada masa hadapan. CERDIK bukanlah inisiatif pendermaan peranti sekali untuk jangka pendek.

CERDIK bertujuan untuk merapatkan jurang pembelajaran digital untuk kira-kira 150,000 murid di sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia dan mempelopori model pembelajaran digital untuk penggunaan masa hadapan.

Empat objektif kami ialah:

  1. Untuk menyediakan peranti, akses dan sambungan data kepada murid sekolah yang terpinggir.
  2. Untuk membolehkan murid memperolehi pembelajaran dalam talian semasa penutupan sekolah dan juga pengalaman pembelajaran digital untuk masa hadapan apabila sekolah dibuka semula.
  3. Untuk merapatkan jurang pembelajaran antara mereka yang mampu membeli peranti digital dengan mereka yang tidak berkemampuan.
  4. Mempelopori model pembelajaran digital oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk penggunaan masa hadapan.

Yayasan Hasanah adalah Sekretariat (iaitu agensi penyelaras) inisiatif CERDIK. Yayasan ini akan menyelia pelaksanaan program ini secara menyeluruh dengan kerjasama syarikat-syarikat yang terlibat, KKM dan KPM.

CERDIK akan meliputi semua negeri di Malaysia, dengan tumpuan diberikan kepada sekolah yang mempunyai bilangan murid dari latar belakang B40 yang tinggi.

Sekolah : Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan memilih sekolah berdasarkan bilangan murid golongan B40 yang tinggi di setiap negeri.

Pemilihan Murid : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengenal pasti murid dari golongan B40 yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan peranti yang sesuai.

Oleh kerana bilangan peranti yang terhad, pemilihan adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh KPM, dengan tumpuan diberikan kepada murid dari latar belakang B40 yang kurang berkemampuan, serta untuk berfungsi sebagai sampel perwakilan untuk inisiatif perintis ini.

CERDIK adalah inisiatif perintis di mana sekolah-sekolah yang kurang berkemampuan dan murid-murid yang terpinggir akan dibekalkan dengan bukan sahaja peranti, tetapi juga akses kepada penyambungan data untuk membolehkan pembelajaran digital jarak jauh. Ini adalah inisiatif jangka panjang nasional untuk mempelopori model pembelajaran digital, untuk sekarang dan untuk penggunaan masa hadapan. CERDIK bukanlah inisiatif pendermaan peranti sekali untuk jangka pendek.

Peranti, Sumbangan & Penyelenggaraan

Penghantaran peranti digital bagi tahap pertama akan bermula dari awal 2021. Penghantaran seterusnya secara berperingkat akan dilaksanakan sepanjang tahun sehingga selesai.

Pakej peranti dan sambungan data akan disumbangkan kepada sekolah. Pelajar akan dapat memperolehi peranti mereka sehingga tamat pengajian di sekolah masing-masing. Sokongan teknikal juga akan diberikan kepada pelajar sekiranya peranti memerlukan sebarang servis atau pembaikan.

Peranti akan menjadi hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Peranti akan dibekalkan dengan sambungan data mudah alih melalui kad SIM untuk tempoh minimum 12 bulan.

Semua peranti dibekalkan dengan jaminan sekurang-kurangnya 12 bulan. Infrastruktur sokongan yang sesuai juga telah disediakan. Untuk mengakses infrastruktur sokongan tersebut, sila hubungi pentadbir sekolah anda.

Semua peranti dibekalkan dengan jaminan sekurang-kurangnya 12 bulan. Infrastruktur sokongan yang sesuai juga telah disediakan. Untuk mengakses infrastruktur sokongan tersebut, sila hubungi pentadbir sekolah anda.

ms_MYMalay
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on google