Bagaimana CERDIK Berfungsi?

Pakej peranti dan sambungan data akan disumbangkan kepada pihak sekolah. Pelajar akan dapat memperolehi peranti mereka sehingga tamat pengajian di sekolah masing-masing.

Murid dan ibu bapa akan dimaklumkan sebelum peranti diedarkan. Kerjasama ibu bapa adalah dimohon untuk memastikan peranti diguna dengan betul.

Sekolah yang berkelayakan

Pemilihan sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan ditentukan berdasarkan bilangan murid golongan B40 yang tinggi di setiap negeri. Sekolah-sekolah tersebut haruslah berada dalam kawasan terpilih oleh KPM yang mempunyai infrastruktur internet sedia ada.

Murid yang berkelayakan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengenal pasti murid dari golongan B40 yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan peranti yang sesuai.

Penyelenggaraan peranti & penyediaan data

Penyelenggaraan

Tempoh jaminan bagi setiap peranti adalah selama sekurang-kurangnya 12 bulan. Pentadbir sekolah akan berurusan dengan pembekal untuk sebarang masalah kerosakan. Juruteknik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga boleh membantu , jika perlu.

Penyediaan Data

Peranti akan dibekalkan dengan sambungan data mudah alih melalui kad SIM untuk tempoh minimum 12 bulan.

ms_MYMalay
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on google